Kelas Menyiapkan Kerja Kursus
7 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 6 Julai 2019 telah berlangsungnya “Kelas Menyiapkan Kerja Kursus” yang telah diadakan di Pusat Internet Batu Gajah. Kelas dipantau oleh Penolong Pengurus PI Batu Gajah iaitu Zul Arif kerana permintaan pelajar yang ramai ingin menyiapkan kerja kursus mereka. Pelajar-pelajar adalah terdiri daripada pelajar SMK Tan Sri Mohamed Yaacob.
Kelas ini diadakan bagi untuk membantu pelajar yang memerlukan fasiliti PI iaitu komputer berikutan ramai pengguna menggunakan komputer di ruang legar jadi pihak staf menggunakan Bilik Training kepada pelajar yang khas untuk membuat kerja kursus sahaja agar mereka dapat fokus untuk membuat kerja mereka.
Kelas ini berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang dan mereka diberi peluang menggunakan “Bilik Training” tersebut untuk menyiapkan kerja kursus mereka disamping mereka juga ada meminta tunjuk ajar mengenai MS Word selain itu mereka juga ada mencetak hasil kerja kursus mereka yang sudah siap di Pusat Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: